Idea perniagaan: ingin meniaga tapi tiada idea: kunjungan ke pusat borong mencetuskan pelbagai idea perniagaan / Nur Fadhlina Zainal Abedin

Zainal Abedin, Nur Fadhlina (2021) Idea perniagaan: ingin meniaga tapi tiada idea: kunjungan ke pusat borong mencetuskan pelbagai idea perniagaan / Nur Fadhlina Zainal Abedin. ASPIRASI FPP, 1. pp. 25-27. ISSN 2735-0525

Abstract

Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan samada sebagai pendapatan tetap atau sampingan. Kekangan biasa bagi mereka yang tiada pengalaman dan baru ingin berjinak dalam perniagaan ialah ketandusan idea tentang produk atau servis yang ingin dipasarkan. Sekiranya anda adalah salah seorang daripada mereka, saya mencadangkan anda melawati mana-mana pusat borong yang terdapat dalam negara mahupun luar negara. Di Malaysia, antara pusat borong yang terkenal adalah Kenanga Wholesale City yang terletak di Jalan Gelugor, Kuala Lumpur dan GM Klang di Selangor. Terdapat pelbagai jenis barangan yang tawarkan pada harga runcit dan borong. Rata-rata barangan adalah daripada negara China. Sekiranya anda berniat untuk memulakan perniagaan dengan modal yang besar dan lebih serius, saya cadangkan anda terus ke lubuk borong dunia iaitu Yiwu International Trade City yang dikenali sebagai pasar Yiwu. Ia merupakan pusat borong terbesar di dunia terletak di Yiwu, Zheijiang, China dan menjadi tumpuan pengimport di seluruh dunia. Kebanyakan rakyat Malaysia lebih tertarik dengan Guangzhou untuk membuat pembelian borong. Namun sebenarnya kebanyakan barangan daripada sana adalah daripada Yiwu. Disebabkan itu harga di pasar Yiwu adalah lebih murah. Selain itu, pasar Yiwu adalah pasar setempat dengan pelbagai jenis barangan. Ia lebih memudahkan berbanding Guangzhou yang perlu bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zainal Abedin, Nur Fadhlina
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
H Social Sciences > HF Commerce > Business education
H Social Sciences > HF Commerce > Business societies
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: ASPIRASI FPP
ISSN: 2735-0525
Volume: 1
Page Range: pp. 25-27
Keywords: Idea, Perniagaan, Pusat Borong, Malaysia
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65036
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 65036.pdf] Text
65036.pdf

Download (429kB)

ID Number

65036

Indexing

Statistic

Statistic details