Abstract
Setiap individu mempunyai tahap intelektual yang tersendiri. Tahap intelektual seseorang diukur dengan ‘Intelligence Quotient’ (IQ). IQ bagi individu normal ialah dalam lingkungan 85 hingga 115 dan IQ yang tinggi 130 keatas. Hanya segelintir individu yang mempunyai IQ rendah iaitu dibawah skor 70. Walaupun IQ itu penting tetapi pemikiran kritis tidak kurang pentingnya dalam membuat keputusan yang tepat dan baik. enurut Butler et. al (2017), kecerdasan (IQ) dan pemikiran kritis boleh mengesan atau meramal kesan negatif dalam kehidupan tetapi pemikiran kritis adalah faktor yang lebih kuat berbanding kecerdasan (IQ). Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu hemisfera otak kiri yang lebih kepada pemikiran kritis dan hemisfera otak kanan yang berfungsi sebagai kreatif dan artistik. Terdapat banyak definisi tentang pemikiran kritis antaranya Marlina dan Shaharom (2007) mendefinisikan kemahiran berfikir kritis sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Bagi Pascarella dan Terenzini (1991, 2005) pula mendefinisikan pemikiran kritis sebagai kebolehan individu untuk mengenalpasti isu-isu dan membuat andaian untuk dibahaskan serta mengenal pasti hubungan penting untuk mendapatkan rumusan yang tepat daripada maklumat yang sedia ada.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Tengku Sulaiman, Tengku Sharifeleani Ratul Maknu UNSPECIFIED Md Akhir, Norhaniza UNSPECIFIED Mohd Isnani, Zaidatulhusna UNSPECIFIED Zainal, Nurazilah (Dr.) UNSPECIFIED Abd Karim, Hilwana UNSPECIFIED Amirnordin, Nur Alia UNSPECIFIED Ramli, Zarifah Fadilah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Affection. Feeling. Emotion P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0525 |
Page Range: | pp. 14-19 |
Keywords: | Pembangunan Diri, Pemikiran Kritis, intelektual |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65033 |