Pengurusan dan strategi perniagaan: Amal Shoppe BAKAT / Datin Maria Hj. Kamarulzaman

Hj. Kamarulzaman, Datin Maria (2021) Pengurusan dan strategi perniagaan: Amal Shoppe BAKAT / Datin Maria Hj. Kamarulzaman. ASPIRASI FPP. pp. 7-9. ISSN 2735-0525

Abstract

Penubuhan organisasi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan hal ehwal keluarga anggota tentera melalui pelbagai aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan oleh ahli-ahli BAKAT tanpa mengira latar belakang mahupun pangkat suami yang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat. Penglibatan semua ahli BAKAT adalah sangat dialu-alukan dalam menyertai pelbagai aktiviti yang telah dirancang secara berkala pada setiap minggu. Di antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan adalah seperti aktiviti pendidikan, keagamaan, kebudayaan, kebajikan, lawatan sosial, kelas masakan, kraftangan, aktiviti riadah dan sukan. Sejajar dengan penglibatan agresif kaum wanita di dalam bidang keusahawanan dalam era digital dan globalisasi pada masa kini, usaha menjana ekonomi keluarga bukan sahaja terletak di bawah tanggungjawab suami bahkan turut sama dipikul oleh peranan isteri. Melihat kepada sumbangan besar perniagaan kepada ekonomi keluarga warga tentera, YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Tengku Muhaini bt Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM menyarankan penubuhan projek keusahawanan yang dinamakan Amal Shoppe BAKAT dilaksanakan di setiap peringkat cabang perkhidmataan yang terdiri dari BAKAT Darat, BAKAT Udara dan BAKAT Laut. Matlamat utama projek ini adalah bagi memberi peluang dan ruang kepada para isteri anggota tentera untuk bergiat cergas di dalam bidang keusahawanan dengan menyediakan satu platform urusniaga secara fizikal. Di samping memberi peluang kepada para isteri menjana pendapatan keluarga, Projek Amal Shoppe ini juga membantu mengumpul dana bagi tabung BAKAT yang akan digunakan bagi tujuan kebajikan dan juga kegiatan ahli BAKAT.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hj. Kamarulzaman, Datin Maria
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: ASPIRASI FPP
ISSN: 2735-0525
Page Range: pp. 7-9
Keywords: Pengurusan, Strategi Perniagaan, BAKAT
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65031
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 65031.pdf] Text
65031.pdf

Download (1MB)

ID Number

65031

Indexing

Statistic

Statistic details