Abstract
Konsep teknologi adalah sangat luas dan merangkumi beberapa cabang sains dan kajian. Teknologi dapat dilihat sebagai aplikasi pengetahuan sains dalam mereka cipta alat-alat yang dapat meningkatkan keupayaan manusia seperti pembangunan dan penggunaan alat, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Teknologi juga membawa maksud tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki dalam bidang ekonomi. Antara contoh teknologi adalah teknologi komunikasi, teknologi maklumat, teknologi perubatan, teknologi pembinaan, teknologi perniagaan dan teknologi pendidikan dan sebagainya.
Dewasa ini, penggunaan teknologi bukan saja memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia, malah ianya menjadi komponen utama dalam memastikan sesuatu organisasi perniagaan itu mampu berkembang maju dan bersaing pesat di peringkat nasional ataupun global. Penggunaan teknologi yang bersesuaian juga membolehkan organisasi perniagaan menjadi fleksibel dan mampu menyesuaikan operasi mereka selaras dengan teknologi yang semakin maju ini. Jika dilihat sekarang, Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence; AI) dan Internet Pelbagai Benda (IPB) atau lebih dikenali sebagai Internet of Things (IoT) memang sinonim dengan kehidupan seharian dan juga penggunaan di dalam industri. Sebagai contoh, penggunaan Kecerdasan Buatan dalam pembangunan perkhidmatan kewangan oleh sektor perbankan membolehkan syarikat memberikan perkhidmatan pelanggan Kecerdasan Buatan setanding dengan kepakaran manusia pada kos yang lebih rendah menerusi sistem seperti ‘text chats’, sistem suara atau ‘chatbots’.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Akhir, Norhaniza UNSPECIFIED Tengku Sulaiman, Tengku Sharifeleani Ratul Maknu UNSPECIFIED Mohd Isnani, Zaidatul Husna UNSPECIFIED Zainal, Dr. Nurazilah UNSPECIFIED Amirnordin, Nur Alia UNSPECIFIED Abd Karim, Hilwana UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Electronic commerce H Social Sciences > HF Commerce > Electronic commerce > Mobile commerce P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0509 |
Page Range: | pp. 38-41 |
Keywords: | Teknologi, Perniagaan, ekonomi, perubatan |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64994 |