Cabaran kerjaya ekonomi GIG dalam industri pekerjaan di Malaysia / Hafisah Yaakob ... [et al.]

Yaakob, Hafisah and Mohd Mahyideen, Dr. Jamilah and Mohamad Rusli, Nurhanani Aflizan and Tukiran, Nooraza (2020) Cabaran kerjaya ekonomi GIG dalam industri pekerjaan di Malaysia / Hafisah Yaakob ... [et al.]. ASPIRASI FPP. pp. 22-25. ISSN 2735-0509
Abstract

Ekonomi gig merupakan satu segmen ekonomi yang semakin popular terutama di kalangan generasi muda. Ekonomi gig ialah pasaran buruh kontrak jangka pendek atau kerja bebas yang dilakukan oleh individu yang dipacu teknologi digital. Satu kajian yang telah dibuat oleh Banik (2019) menyatakan bahawa ekonomi gig adalah satu jenis pekerjaan yang menggunakan platform digital di mana perkhidmatan daripada aktiviti ekonomi gig ini berlaku dalam kontrak jangka pendek berbanding pekerjaan tetap. Berdasarkan kajian beliau, terdapat dua jenis platform dalam ekonomi gig iaitu berasaskan jaringan internet di mana pekerja dapat melakukan aktiviti walau di mana sahaja mereka berada tanpa mengambil kira lokasi pekerjaan. Ini adalah seperti pekerjaan ‘Freelancers’. Jenis yang kedua ialah berasaskan lokasi, yang dilakukan dalam aktiviti fizikal melalui aplikasi Uber atau Airbnb. Menurut Prateek (2019), istilah ekonomi gig baru sahaja muncul pada pertengahan tahun 2000. Jenis pekerjaan ini semakin meluas disebabkan oleh gabungan teknologi dan masalah global, termasuk pertumbuhan penduduk dan kekurangan sumber. Krisis kewangan pada tahun 2007 juga menyedarkan orang ramai untuk menjadi lebih kreatif dan menjadikan platform pekerjaan ini sebagai satu sumber pendapatan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 64972.pdf]
Text
64972.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics