Abstract
Ekonomi gig merupakan satu segmen ekonomi yang semakin popular terutama di kalangan generasi muda. Ekonomi gig ialah pasaran buruh kontrak jangka pendek atau kerja bebas yang dilakukan oleh individu yang dipacu teknologi digital. Satu kajian yang telah dibuat oleh Banik (2019) menyatakan bahawa ekonomi gig adalah satu jenis pekerjaan yang menggunakan platform digital di mana perkhidmatan daripada aktiviti ekonomi gig ini berlaku dalam kontrak jangka pendek berbanding pekerjaan tetap. Berdasarkan kajian beliau, terdapat dua jenis platform dalam ekonomi gig iaitu berasaskan jaringan internet di mana pekerja dapat melakukan aktiviti walau di mana sahaja mereka berada tanpa mengambil kira lokasi pekerjaan. Ini adalah seperti pekerjaan ‘Freelancers’. Jenis yang kedua ialah berasaskan lokasi, yang dilakukan dalam aktiviti fizikal melalui aplikasi Uber atau Airbnb. Menurut Prateek (2019), istilah ekonomi gig baru sahaja muncul pada pertengahan tahun 2000. Jenis pekerjaan ini semakin meluas disebabkan oleh gabungan teknologi dan masalah global, termasuk pertumbuhan penduduk dan kekurangan sumber. Krisis kewangan pada tahun 2007 juga menyedarkan orang ramai untuk menjadi lebih kreatif dan menjadikan platform pekerjaan ini sebagai satu sumber pendapatan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yaakob, Hafisah UNSPECIFIED Mohd Mahyideen, Dr. Jamilah UNSPECIFIED Mohamad Rusli, Nurhanani Aflizan UNSPECIFIED Tukiran, Nooraza UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Consumers. Consumer demand. Consumption H Social Sciences > HF Commerce > Business societies P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0509 |
Page Range: | pp. 22-25 |
Keywords: | Kerjaya Ekonomi, Gig, Industri, Malaysia |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64972 |