Penulis jemputan: perjalanan PhD saya / Prof. Madya Dr. Nur Azlina Abd Aziz

Abd Aziz, Nur Azlina (Prof. Madya Dr.) (2020) Penulis jemputan: perjalanan PhD saya / Prof. Madya Dr. Nur Azlina Abd Aziz. Aspirasi FPP, 1. pp. 33-37. ISSN 2735-0509

Abstract

Setiap orang mempunyai alasan yang tersendiri kenapa ingin menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD). Sebahagian orang membuat PhD kerana ingin mendalami ilmu, manakala sebahagian yang lain membuat PhD untuk meningkatkan keupayaan akademik sebagai pensyarah. Saya membuat Phd atas sebab ingin mencabar diri sendiri serta menguji kemampuan saya. Mencari tajuk kajian adalah cabaran pertama bagi saya. Saya telah menghubungi seorang sahabat yang merupakan seorang profesor di salah sebuah universiti tempatan di utara tanahair. Beliau adalah seorang yang aktif membuat penyelidikan. Kami telah berbincang dan beliau telah mencadangkan beberapa tajuk yang sesuai untuk kajian Phd saya. Saya telah membuat penyelidikan dalam tajuk-tajuk yang dicadangkan. Walau apa cara sekalipun kita mendapat tajuk kajian PhD, apa yang paling penting ialah kita mesti mempunyai minat yang mendalam terhadap penyelidikan yang akan kita terokai. Ini untuk memastikan kita mampu bertabah dengan cabaran yang akan dihadapi sepanjang tempoh pengajian. Cabaran utama bermula setelah pembentangan cadangan kajian kepada panel yang dilantik, kerana selepas itu kajian penyelidikan akan bermula. Beberapa cubaan dan dugaan yang perlu dihadapi, satu demi satu.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Aziz, Nur Azlina (Prof. Madya Dr.)
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Aspirasi FPP
ISSN: 2735-0509
Volume: 1
Page Range: pp. 33-37
Keywords: Penulis Jemputan, PhD, Doktor Falsafah
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64794
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 64794.pdf] Text
64794.pdf

Download (905kB)

ID Number

64794

Indexing

Statistic

Statistic details