Komuniti: e-Dagang sebagai norma baharu / Zaidatulhusna Mohd Isnani

Mohd Isnani, Zaidatulhusna (2020) Komuniti: e-Dagang sebagai norma baharu / Zaidatulhusna Mohd Isnani. ASPIRASI FPP. pp. 23-24. ISSN 2735-0509

Abstract

Pada penghujung 2019, masyarakat dunia dikejutkan dengan satu bencana dan amaran dari yang Maha-Esa dikenali sebagai pandemik COVID-19 sebagai suatu fenomena baharu yang belum pernah dialami dunia. Malaysia juga tidak terlepas dari bencana ini dengan kemunculan penyakit yang serius membimbangkan seluruh masyarakat menjadi panik dan ketakutan apabila pandemik ini membawa maut. Seluruh dunia menjadi kelam kabut apabila setiap negara besar mengambil tindakan memberhentikan segala aktiviti harian termasuklah aktiviti perniagaan dihadkan pergerakan pelanggan apabila tiada vaksin yang ditemui bagi mengubati pandemik tersebut sehingga kini. Bermula 18 Mac 2020, kerajaan Malaysia mengumumkan dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara holistic keseluruh negara bagi mengekang penularan pandemik ini dari merebak dan memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan secara menyeluruh. Oleh kerana itu, segala pergerakan penduduk Malaysia adalah terhad dan dikawal oleh barisan hadapan negara termasuklah pergerakan membeli barangan secara terbuka yang menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia sebelum ini.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Isnani, Zaidatulhusna
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
H Social Sciences > HF Commerce > Electronic commerce
H Social Sciences > HF Commerce > Electronic commerce > Mobile commerce
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: ASPIRASI FPP
ISSN: 2735-0509
Page Range: pp. 23-24
Keywords: Komuniti, E-Dagang, norma baharu
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64791
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 64791.pdf] Text
64791.pdf

Download (497kB)

ID Number

64791

Indexing

Statistic

Statistic details