Abstract
Menceburi bidang perniagaan adalah salah satu pilihan kerjaya yang wujud di kalangan masyarakat umum pada masa kini. Terdapat pelbagai jenis bidang perniagaan yang melibatkan urusniaga jual beli barangan dan perkhidmatan secara fizikal atau digital bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Samada perniagaan berskala kecil atau besar, tujuan utama perniagaan adalah sebagai penjanaan pendapatan kepada sesebuah organisasi atau individu. Ia adalah penting bagi memperbaiki taraf hidup individu dan masyarakat. Selain daripada membuka lebih banyak peluang dan ruang pekerjaan kepada masyarakat setempat, aktiviti perniagaan juga memainkan peranan yang penting terhadap sumbangan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Umum mengetahui yang dunia sedang dilanda pandemik koronavirus (COVID-19) dan telah disahkan merebak di Malaysia pada 25 Januari 2020. Berikutan itu, kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 18 Mac hingga 9 Jun 2020 untuk mengekang pertambahan kes positif dalam negara. Berikutan itu, semua aktiviti harian dihadkan termasuklah aktiviti perniagaan dan setiap aktiviti yang dilakukan mesti mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung dan seterusnya memutuskan rantaian COVID-19 ini.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Akhir, Norhaniza UNSPECIFIED Tengku Sulaiman, Tengku Sharifeleani Ratul Maknu UNSPECIFIED Tukiran, Nooraza UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Economics H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Consumers. Consumer demand. Consumption P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0509 |
Page Range: | pp. 20-22 |
Keywords: | Idea, Perniagaan, COVID-19, Standard Operating Procedure, SOP |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64790 |