Abstract
Lokasi Negeri Sembilan adalah di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia dan disempadani oleh empat buah negeri iaitu Negeri Selangor, Pahang, Johor dan Melaka. Ia mempunyai keluasan seluas 665,37374.77 hektar dan dibahagi kepada tujuh daerah iaitu, Jempol, Jelebu, Kuala Pilah, Seremban, Tampin, Port Dickson dan Rembau. Di dalam konteks wilayah, Negeri Sembilan terletak di dalam wilayah tengah bersama Negeri Selangor, Melaka dan Kuala Lumpur. Menurut kajian daripada Rancangan Fizikal Negara (RFN) mendapati bahawa Negeri Sembilan dijangka akan menjadi negeri yang paling berpotensi untuk menerima limpahan pembangunan negara berdasarkan lokasinya di antara Melaka, Lembah Klang dan Johor. Hasil kajian mendapati kegiatan aktiviti utama negeri seperti pembangunan fizikal banyak tertumpu ke kawasan bandar iaitu Seremban dan Nilai. Bagi Daerah Port Dickson yang bersempadan dengan Negeri Selangor telah berjaya mendapat limpahan pembangunan dari Lembah Klang dan aktif di dalam aktiviti pembangunan bagi sektor pelancongan (Rancangan Struktur Negeri Sembilan (2001-2020), 2007, p: 4-5, 23.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yaakob, Hafisah UNSPECIFIED Mohd Mahyideen, Jamilah UNSPECIFIED Shabir Ahmad, Bashir Ahmad UNSPECIFIED Mohamad Rusli, Nurhanani Aflizan UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals H Social Sciences > HE Transportation and Communications > Transportation (General works). Communication and traffic H Social Sciences > HE Transportation and Communications > Urban transportation P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0509 |
Page Range: | pp. 15-17 |
Keywords: | Ekonomi, Elektrik, Gemas, Johor, PLBEGJB, Negeri Sembilan |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64788 |