Abstract
Orangnya sangat merendah diri. Anak jati Negeri Sembilan berketurunan orang asli suku Temuan ini selayaknya menjadi contoh kepada masyarakat. Baru menginjak usia ke 25 tahun, Helmi Bin Naim Ahmad telah menerima pelbagai pencapaian atas kreativiti beliau berkarya dengan hasil hutan. Minat beliau dalam seni kraftangan berasaskan kayu hutan ini juga telah membawa beliau ke Itali dan German untuk mewakili Malaysia mempromosi produk kraftangan melalui kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pada 2015 dan 2017. Segalanya bermula apabila wakil daripada JAKOA berkunjung ke rumahnya dan mendapati terdapat pelbagai hasil kraftangan yang berpotensi diketengahkan dalam pasaran. Hasil kraftangan tersebut adalah hobi masa lapang memandangkan ketika itu beliau masih di bangku sekolah.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zainal Abedin, Nur Fadhlina UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0509 |
Page Range: | pp. 2-5 |
Keywords: | Aspirasi, Minat, Bakat, Suku Temuan |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64776 |