Abstract
Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh yang merupakan satusatunya yang mempunyai pengelaman dan mengetahui segala selok-belok perkara mengenai warisan tempatan ini. Tokoh ini mempunyaipengetahuan warisan tempatan mengenai Gunung Jerai, Kedah. Ramai dalam kalangan masyarakatpada masa kini, terutamanya generasi yang baru dalam era ini tidak begitu mengetahui secara langsung tentang sejarah warisan Gunung Jerai yang unik ini dan ianya terletak di Kedah. Selain menyentuh sedikit sebanyak mengenai latar belakang tokoh yang masih bekerja dalam bidang warisan tempatan ini, projek sejarah lisan ini cuba mengungkap kebenaran dan mendokumentasikan sebanyak mungkin maklumat penting atau sebenar yang tersimpan dan yang tidak dapat dirungkai oleh orang ramai. Di sebalik keindahan Gunung Jerai yang dapat di lawati oleh orang ramai ini, terdapat banyak sejarah, isu penting dan faedah yang dapat kita ketahui dan pelajari serta menggunakannya oleh orang ramai Bermula dari sejarah dan seterusnya mengenai fakta dan keunikan, pengalaman, aktiviti, kemudahan, risiko, pencapaian, dan sumbangan serta harapan yang diberikan oleh tokoh ini sepanjang beliau berkhidmat sebagai Pengawas Hutan di Gunung Jerai. Kajian ini bukan sahaja melalui Encik Mazlan sendiri, malah ianyajuga turut diperolehi dari beberapa sumber yang lain bagi melihat sejauh mana persamaan dan perbezaan dalam kajian yang telah dilakukan. Implikasi kajian ini adalah terutamanya kepada pengkaji, pelajar dan orang awam. Melalui projek sejarah lisan inijuga, diharap masyarakat luar terutamanya generasi pada masa sekarang akan dapat mengenali dengan lebih lanjut dan mendalam tentang warisan tempatan Gunung Jerai ini sebaiknya.
Metadata
Item Type: | Monograph (Oral History Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohammad Rafikhul, Nur Afrina 2020989141 Ruslan, Aniqah Rusyda 2020979015 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamaluddin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee Marzuki, Mazlan UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Mazlan Marzuki; Gunung Jerai; Warisan tempatan; Sejarah Lisan |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64754 |