Abstract
Transkrip ini mengandungi temubual bersama Datin Naszriah Ngasri atau lebih dikenali sebagai Anne Ngasri Transkrip temubual ini dijalankan selama 1 jam 9 minit di Tadom Hill Resort Banting, Selangor. Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh seni dalam bidang lakonan yang dikenali sejak kecil lagi. Selain menyentuh kisah kehidupan beliau sebagai seorangpelakon veteran yang amat dikenali, terdapat juga beberapa kisah lain tentang kehidupan beliau sebagai seorang usahawan dan juga ahli politik yang amat bijak membahagikan masa untuk kehidupannya. Kajian inijuga cuba untuk mengungkapjatuh naik beliau semasa menjadi pelakon cilik yang dikenali ramai pada zaman dahulu. Kajian inijuga bukan sahaja melalui Datin Anne Ngasri sendiri, malah ianya turut diperoleh dari beberapa sumber lain bagi menambah dan dapat membezakan dari pihak luar dan tokoh sendiri Implikasi kajian ini adalah terutamanya pengkaji, pelajar dan juga orang awam. Di akhir temubual tokoh telah memberikan kata-kata nasihatpandangan dan cadangan kepada setiap generasi dalam meniti kehidupan yang bakal dilalui. Melalui projek sejarah lisan ini juga, diharap masyarakat luar terutamanya generasi pada zaman sekarang akan mengenali dengan lebih lanjut dan mendalam tentang seni lakonan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Oral History Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zulkefli, Nur Amirah Syazreen 2020899988 Azmi, Aina Irdina Syafiqah 2020465798 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamaluddin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee Ngasri, Naszriah "Anne” UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Tokoh, Penerbit; Usahawan; Industri seni; Seni Hiburan; Pelakon; Politik; Sejarah lisan; Anne Ngasri |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64668 |