Abstract
Aktiviti penjajaan pasar malam mempakan satu aktiviti yang telah lama bertapak di negara ini. Malah ia sudah menjadi kemestian di hampir semua tempat. Di samping memberi peluang kepada orang ramai untuk menceburi bidang perniagaan secara kecil- kecilan, ia juga dapat melahirkan bakal - bakal usahawan. Walaupun ia telah lama wujud, namun pelbagai masalah timbul akibat dan kelemahan organisasi yang terlibat di dalam menguruskan pasar malam itu. Masalah seperti pencemaran memang tidak dapat dielakkan memandangkan ia sentiasa wujud. Namun, apa yang bolehj dilakukan ialah mengawal segala masalah yang timbul akibat dan aktiviti ini supaya ia tidak menjadi lebih serius di masa hadapan. Melalui kajian ini, kita dapat mengenalpasti jenis pencemaran yang berlaku dengan lebih terperinci lagi dan juga mengesyorkan beberapa cadangan yang munasabah untuk mengatasi masalah yang timbul ini. Kajian ini juga dapat memberi maklumat mengenai sejarah kewujudan pasar malam ini dan perkembangan di masa hadapan. Analisis yang dijalankan menunjukkan sejarah kewujudan pasar malam ini dipengaruhi oleh kawasan perumahan dan kemudahsampaian yang tinggi. Manakala perkembangannya pula menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap para peniaga memungkinkan pembesaran kawasan pasar malam ini.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Raja Abdullah, Raja Shamsul Nizam UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Penjajaan, pasar malam, usahawan, perniagaan |
Date: | 1998 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/6432 |
Download
PP_RAJA SHAMSUL NIZAM RAJA ABDULLAH AP 98_5 1.pdf
Download (91kB)