Penubuhan Jabatan/Institut Fatwa di Malaysia: Sabah dan Sarawak / Dr. Hj. Mohd. Kamel Mat Salleh

Mat Salleh, Dr. Hj. Mohd. Kamel (2021) Penubuhan Jabatan/Institut Fatwa di Malaysia: Sabah dan Sarawak / Dr. Hj. Mohd. Kamel Mat Salleh. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Sabah: Sebelum menjadi sebuah Jabatan, Pejabat Mufti Negeri Sabah hanya dikenali sebagai Bahagian Mufti iaitu salah satu bahagian yang diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Ugama Islam Sabah. Operasi dan urus tadbirnya tertakluk kepada Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sabah Tahun 1977. Memandangkan ia terletakdi bawah pentadbiran Majlis, maka Mufti yang dilantik bertanggungjawab terus kepada Majlis Ugama Islam Negeri Sabah. Pelantikan Mufti danTimbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992. Mufti yang dilantikdi bawah Enakmen ini menjadi Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah seksyen 33 (2) Enakmen No.13 Tahun 1992 dan seksyen 33 (1) bagi pelantikan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah.
Sarawak: Seperti Sabah, penubuhan Jabatan Mufti Sarawakagak lewat ditubuhkan berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung. Mufti negeri hanya mula dilantik pada tahun 1941 berikutan penggubalan Ordinan (Perbendaharaan Majlis Islam) melalui Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pada 1 Mei 1955 Majlis Islam Sarawak ditubuhkan. Sebelum penubuhan Majlis, tidak ada badan yang bertanggungjawab berhubung hal ehwal agama Islam di Sarawak. Secara tidak langsung hal berkaitan agama Islam diuruskan oleh Mahkamah Datu' sehingga Majlis Islam Sarawakditubuhkan. Sebarang permasalahan agama dirujuk kepada Datu' Hakim yang secara tidak langsung peranannya adalah seperti seorang Mufti. Menerusi Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan) (Bab 105), Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa dilantik bagi membantu Mufti dalam mengurus selia institusi fatwa ini.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mat Salleh, Dr. Hj. Mohd. Kamel
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Functionaries. Ulama. ﻋﻠﻤﺎء
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Institut Fatwa, Malaysia, Sabah, Sarawak, ACIS
Date: October 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63798
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63798.pdf] Text
63798.pdf

Download (758kB)

ID Number

63798

Indexing

Statistic

Statistic details