Kepentingan pemimpin mengikut pandangan Islam / Ahmad Faiz Haji Ahmad Ubaidah

Haji Ahmad Ubaidah, Ahmad Faiz (2021) Kepentingan pemimpin mengikut pandangan Islam / Ahmad Faiz Haji Ahmad Ubaidah. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Kepentingan pemimpin dalam sesebuah masyarakat atau institusi tidak dapat dipertikaikan kerana tanpa pemimpin sesebuah masyarakat, institusi atau badan tidakakan dapat berjalan dengan lancar. Justeru itu agama Islam sebagai satu agama yang di wahyu oleh Allah SWT kepada RasulNya dan diperintahkannya untuk menyampaikan kepada manusia dan jin demi untuk kebahagiaan dan keselamatan mereka di dunia dan di akhirat. Malah Islam menganggap kewujudan pemimpin dalam sesebuah masyarakat atau badan adalah suatu perkara yang tidak boleh diabaikan. Sehubungan ini Abu Dawud meriwayatkan daripada Abu Said dan Abu Hurairah (RA) bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tiga orang keluar bermusahr maka hendaklah mereka melantik salah seorang daripada mereka untuk menjadi ketua atau imir". Dalam konteks negara pula melantikseorang khalifah atau imam (Ketua Negara) adalah wajib. Justeru tanpa seorang khalifah atau imam yang bertanggungjawab menjalankan segala urusan yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam maka keadaan negara Islam akan menjadi kucar-kacir, kerana pelaksanaan hukum-hukum Islam, memungut hasil negara, melantik kadi, menjaga keselamatan negara, menubuh pasukan tentera, membicarakan kes-kes yang timbul, menyelesaikan perbalahan dan sebagainya, kesemuanya adalah memerlukan kepada pemimpin.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Haji Ahmad Ubaidah, Ahmad Faiz
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: pemimpin, Islam, ACIS, UiTM
Date: October 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63786
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63786.pdf] Text
63786.pdf

Download (783kB)

ID Number

63786

Indexing

Statistic

Statistic details