Abstract
Dasawarsa ini, terdapat begitu banyak aplikasi yang dapat dimuat turun oleh setiap individu dalam setiap lapisan masyarakat melalui Google PlayStore dan App Store yang tersedia di dalam telefon pintar masing-masing tanpa mengira tempat dan juga masa. Apli kasi-a pl i kasi yang dapat dimuat turun ini terdiri daripada pelbagai jenis seperti 'game', aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan banyak lagi. Namun, salah satu aplikasi yang telah berkembang dengan pesat dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan muda ialah sebuah aplikasi yang dikenali sebagai TikTok. Tiktok merupakan sebuah aplikasi popular dan 'trending' hasil keluaran dari China dan dapat dimuat turun di telefon pintar melalui Google PlayStore dan App Store. TikTok adalah sebuah aplikasi di mana para penggunanya boleh merakam sesebuah video dalam durasi yang pendek di antara 3 hingga 15 saat. Selain itu, aplikasi TikTokjuga dikenali sebagai Douyin di negara asalnya. Aplikasi TikTok telah dibangunkan dan dicipta oleh seorang warga China yang bernama Zhang Yiming. Aplikasi ini telah dilancarkan buat pertama kalinya pada September 2016. TikTok kemudiannya dikembangkan lagi oleh Beijing ByteDanceTechnology dan sehingga kini penggunaannya telah meliputi seluruh ceruk dunia.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Aminuddin Zaki, Nurul Safwah UNSPECIFIED Poniran, Nurul Atikah UNSPECIFIED Hussain, Azira UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology L Education > LB Theory and practice of education > Creative ability. Imagination. Creative thinking. Concept learning. Constructivism (Education) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | TikTok, ACIS, UiTM, Google PlayStore, App Store |
Date: | October 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63785 |