Abstract
Gamfikasi adalah penerapan eleman berasaskan permainan dan teknik reka bentuk permainan dalam konteks bukan permainan. Ia boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.pada masa kini. Maka secara tidak langsung ia menyokong pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasi teknologi. Namun begitu, penggunaan media pembelajaran yang mengintegrasikan elemen gamifikasi masih kurang diamalkan secara meluas dalam pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Justeru, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap pemanfaatan gamifikasi dalam pembelajaran bahasa Arab dengan menggunakan media gamilab sebagai aplikasi pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian kuantitaf yang menggunakan soal selidik bagi tujuan pengumpulan data. Kajian ini melibatkan 149 orang responden yang mengikuti kursus bahasa Arab sebagai bahasa ketiga di UiTM Shah Alam. Data-data yang diperolehi daripada responden kajian akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for the Social Science (SPSS) versi 26.0 bagi mendapatkan data deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap pemanfaatan gamifikasi dalam pembelajaran bahasa Arab berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min = 4.31. Justeru, kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada para pendidik terutamanya pendidik yang mengajar bahasa Arab dalam mempelbagaikan penggunaan medium dalam pengajaran bahasa Arab.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yahaya, Hazrati hazrati87@uitm.edu.my Shaharuddin, Hanis Najwa hanisnajwa@uitm.edu.my Abdul Raup, Fudzla Suraiyya fudzlasuraiyya@uitm.edu.my Ahmad, Nor Zahidah zahidahahmad@uitm.edu.my Shafri, Muhammad Hatta muhammadhatta@uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Study and teaching |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies |
Journal or Publication Title: | International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics (IJMAL) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > International Journal of Modern Language and Applied Linguistics (IJMAL) |
ISSN: | 2600-7266 |
Volume: | 6 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 1-13 |
Keywords: | Bahasa Arab, gamifikasi, persepsi, pembelajaran |
Date: | May 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63624 |