Abstract
Pada 30 Ogos 2021 tahun ini genap 64 tahun Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan y merdeka. Segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan kita nikmat kebebasan daripada terus dicengkam kesengsaraan menerusi penguasaan ke atas raja, harta serta kudrat keringat rakyat jelata dalam memenuhi tuntutan ketamakan penjajah. Namun begitu, pernahkah kita bertanya secara jujur kepada diri mengenai erti kemerdekaan yang kita kecapi hari ini. Persoalan yang bukan diajukan pada tahun kelima dan ke-10 tetapi 64 tahun setelah kita menikmatinya. Adakah erti kemerdekaan ini masih sama, temanku?Terkadang belum sempat akal meninjau jawapan kepada persoalan diri, tanpa disedari subjek perbincangan telah dipindahkan kepada anak muda. Peralihan atas nama kebimbangan dan keprihatinan. Kebimbangan kita terhadap jati diri generasi muda dan penghargaan mereka atas kemerdekaan yang dinikmati. Ayuh jangan berdalih lagi. Mari kembali bertanya pada diri. Apakah kemerdekaan hari ini hanya menerusi kibaran bendera dan hiasan jalur gemilang di seluruh kota raya? Lantas, benarkah engkau memahami erti merdeka wahai diri?
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Suhaimi, Nur Sofiah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and culture B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Kemerdekaan, Surah Al-Kahfi, ACIS |
Date: | August 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63616 |