Menelusuri sejarah perkembangan Adat Perpatih di Rembau / Profesor Madya Dr. Abdul Halim Ramli

Ramli, Profesor Madya Dr. Abdul Halim (2021) Menelusuri sejarah perkembangan Adat Perpatih di Rembau / Profesor Madya Dr. Abdul Halim Ramli. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Fakta sejarah sama ada melalui catatan Sejarah Melayu 1612 M dan catatan d'Eredia 1613 M, sudah membuktikan kewujudan sebuah kerajaan atau pemerintahan yang tersendiri di Rembau yang mempunyai ciri sebuah pemerintahan yang teratur dan maju. Antaranya menjadi pusat perdagangan galian seperti bijih timah, emas dan tukaran barangan dagangan asing yang bukan saja melibatkan aktiviti perdagangan dalam kalangan negeri atau kerajaan Melayu yang berjiran seperti Melaka, Kelang dan Johor tetapi lebih dari itu menyangkut hubungan dagangan dan politik dengan kuasa Barat seperti Portugis (1511-1641 M), Belanda (1642 M) dan British (1832 M). Di samping itu, kedatangan raja Minangkabau dari Pagar Ruyung ke Negeri Sembilan melalui Rembau, iaitu Raja Malewar pada tahun 1772 M menjadi asas permulaan institusi beraja di Negeri Sembilan. Tambahan pula, peranan penting yang dimainkan oleh Sungai Penanjis atau Sungai Linggi yang menjadi laluan pedagang yang utama ketika itu. Kepesatan dan laluan yang penting para pedagang melalui Sungai Penanjis menjadi medan persengketaan dan perebutan penguasaan laluan yang penting ini yang kadangkala menumpahkan darah. Misalnya pada tahun 1643 M, Belanda kerap kali telah menyerang Rembau bagi menghentikan isu sekatan Sungai Penanjis, gangguan orang tempatan terhadap perdagangan mereka. Serangan tersebut mendapat tentangan yang hebat dari tentera Rembau sehingga terbunuhnya Kapten Forsenburgh danTemenggung Menie serta enam askar Belanda.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63615.pdf] Text
63615.pdf

Download (2MB)

ID Number

63615

Indexing

Statistic

Statistic details