Abstract
Rembau, 19 Jun 2021: Program Sinergi Aidilhtri Motivasi Kesejahteraan Mental dan Spiritual telah dianjurkan oleh Pelajar Khidmat Masyarakat II UniversitiTeknologi MARA (UiTM Kampus Rembau) dengan kerjasama Jawatankuasa Wanita IKRAM Negeri Sembilan, Persatuan Briged Sukarelawan, Jawatankuasa Komander Kesatria, Barisan MPKK Rembau, Chengkau, Kundur, Pedas dan Kota serta Pertubuhan IKRAM Rembau secara atas talian. Sesi motivasi yang dikendalikan oleh Prof. Datin Dr. Sapora Sipon, Profesor Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini telah dihadiri oleh 284 orang peserta yang berkonsepkan Service Learning Malaysia University for Society (SULAM). Antara objektif program ini adalah untuk mengetahui data kesejahteraan mental dan spiritual pelajar dan ibu tunggal, mengenalpasti punca masalah kesihatan mental dan langkah menanganinya. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Nurul Nisha binti Mohd Shah, Penyelaras Unit Kepimpinan Pelajar, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau yang mewakili Penolong Rektor. Selain itu, Puan Hajah Jawiah binti DarmawanTimbalan Ketua Wanita IKRAM Negeri Sembilan merangkap Ketua Wanita IKRAM Rembau juga turut sama hadir memberi ucapan aluan serta barisan MPKKyang diwakili oleh Tuan Haji Shamsuri dan Encik Al-Ariff Johan bin Mohd Sabri, Penolong Pegawai Kesatria, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sharil, Suhaila UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Sinergi Aidilfitri, motivasi kesejahteraan mental, spiritual, ACIS |
Date: | July 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63404 |