Kepimpinan Rasulullah sebagai pendakwah / Ahmad Faiz Haji Ahmad Ubaidah

Ahmad Ubaidah, Ahmad Faiz (2021) Kepimpinan Rasulullah sebagai pendakwah / Ahmad Faiz Haji Ahmad Ubaidah. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Dalam usaha menyampaikan dakwah, Rasulullah SAW menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan bagi mencapai penyampaian yang berkesan. Umumnya, Rasulullah SAW akan berusaha untuk menyampaikan ajaran Islam kepada sesiapa yang Baginda temui. Pada peringkat awal dakwah Baginda di Madinah, penduduknya masih ada yang berpegang kepada kepercayaan jahiliah, menganut ajaran Yahudi dan juga Nasrani. Sejak kesempatan pertama lagi Baginda telah mengajak mereka kepada Islam. Usaha ini dimulakan dengan utusan seorang sahabat Rasulullah SAW ke Madinah yang bernama Mus'ab b. 'Umair dari Bani 'Abdul Dar/ Quraisy. Beliau telah diutus oleh Rasulullah SAW sejurus sebelum peristiwa hijrah untukberperanan sebagai mubaligh dan juga guru agama. Beliau dibantu oleh As'ad b. Zurarah daripada Bani Najjar/Khazraj yang juga merupakan ketua bagi naqib-naqib. Baginda sendiri tidak pernah melepaskan peluang untuk berdakwah. Berikutan peperangan Nakhlah, seorang tawanan Makkah, al-Hakam b. Kaisan dibawa ke Madinah. Baginda mengajarkan Islam kepadanya dan beliau dengan rela menerimanya. Begitu juga dengan tawanan perang Badar. Mereka diajak kepada Islam dan sesiapa yang menerimanya Jibebaskan tanpa sebarang tebusan atau syarat. Kisah ini jelas menunjukkan dasar dakwah Rasulullah SAW menerusi seruan Islam secara damai dan berterusan. Dasar dakwah Baginda tidak berkehendak kepada sebarang bentuk pertempuran. Seandainya pertempuran tidak dapat dielakkan dan tawanan dibawa kepada Baginda, mereka juga akan diajak kepada Islam. Baginda akan menerima keislaman mereka walaupun ada di kalangan mereka yang sudah menjadi musuh ketat Islam bagi satu tempoh yang lama. Bukan itu sahaja, Baginda juga menerima keislaman mereka yang sudah dijatuhkan hukuman mati, seperti dalam kes pengislaman beberapa pemimpin Makkah selepas pembebasan kota itu. Apabila pendudukArab mula menunjukkan minat menjadi pengikut Baginda, perkara pertama yang Baginda lakukan ialah mengajak mereka kepada Islam. Hal ini mampu dilihat sehingga dalam haji terakhir Baginda dimana seruan utama Baginda hanyalah berpegang kepada ajaran al-Quran dan Sunnah.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63341.pdf] Text
63341.pdf

Download (1MB)

ID Number

63341

Indexing

Statistic

Statistic details