Akibat tidak berlaku adil dalam pembangunan negara / Dr. Mohamad Hasif Jaafar and Dr. Mohd Kamel Mat Salleh

Jaafar, Dr. Mohamad Hasif and Mat Salleh, Dr. Mohd Kamel (2021) Akibat tidak berlaku adil dalam pembangunan negara / Dr. Mohamad Hasif Jaafar and Dr. Mohd Kamel Mat Salleh. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Seorang pemimpin yang adil adalah sangat penting dalam pembangunan negara yang maju. Agama Islam menegaskan supaya umatnya sentiasa berlaku adil dan menegah segala bentuk kezaliman, ketidakadilan dan pencerobohan hatta (sekalipun/termasuklah?) terhadap orang kafir. Untuk membangunkan sesebuah negara bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan persediaan dan kelengkapan dari pelbagai aspek. Antaranya adalah dari segi rohaniah, iaitu sikap dan akhlakseseorang pemimpin tersebut. Segala bentuk perjanjian, amanah dan tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan adil dan amanah. Apabila golongan pemerintah berpegang kepada prinsip etika keadilan, maka dengan sendirinya segala urusan negara serta rakyat akan berjalan pada landasan yang sepatutnya termasukdalam pelaksanaan undang-undang. Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 49 "Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik." Kegagalan penerapan sikap adil ini akan mendorong kepada kejatuhan bukan sahaja pemimpin, malah negara yang yang dipimpinnya juga. Di sini, terdapat tiga aspek yang akan terjejas apabila sikap adil itu gagal diterapkan, iaitu dari segi politik, ekonomi dan keharmonian masyarakat.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63340.pdf] Text
63340.pdf

Download (1MB)

ID Number

63340

Indexing

Statistic

Statistic details