Abstract
Perbuatan syirikadalah salah satu daripada dosa-dosa besar yang diharamkan oleh Allah SWT. Syirik adalah menyekutukan Allah dalam apa jua bentuksama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad. la juga membawa maksud menyamakan Allah dengan sesuatu yang lain, menyembah selain dari Allah seperti menyembah patung dan tempat-tempat keramat. Malah apabila seseorang itu menyatakan bahawaTuhan itu banyakdan berbilang-bilang juga adalah dianggap syirik juga. Terdapat banyakayat-ayatal-Quran dan hadith Rasulullah S.A.W. yang menyatakan bahaya syirik. Firman Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud "bahawasanya, sesiapayang mempersekutukan Allah dengan sesuatuyang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka" (surah al-Ma'idah :7). Allah SWT juga berhrman yang maksudnya "bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapayang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik" (Surah an-Nisa': 48). Manakala di dalam surah Luqman maksud hrman Allah SWT "sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amatbesar" (Surah Luqman : 13).
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Salleh, Mohd Kamel (Dr.) UNSPECIFIED Jaafar, Mohamad Hasif (Dr.) UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | eISSN: 2600-8289 |
Keywords: | Syirik, Penyelewengan Akidah, ACIS |
Collections: | Innovation |
Date: | May 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63338 |