Analisis peranan dan perkhidmatan yang dimainkan oleh Jabatan Tenaga Rakyat Butterworth dalam membantu memenuhi gunatenaga bagi pertumbuhan ekonomi (kajian kes di Seberang Perai) / Nazriah Abd Kadir and Rozana Razali

Abd Kadir, Nazriah and Razali, Rozana (2000) Analisis peranan dan perkhidmatan yang dimainkan oleh Jabatan Tenaga Rakyat Butterworth dalam membantu memenuhi gunatenaga bagi pertumbuhan ekonomi (kajian kes di Seberang Perai) / Nazriah Abd Kadir and Rozana Razali. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Isu kekurangan gunatenaga dan keperluannya dalam pertumbuhan ekonomi telah menjadi sebahagian tangungjawab sosial kerajaan untuk menanganinya kepada semua sektor perekonomian negara tidak kira ianya kecil atau besar. Pekerja menjadi aset utama dalam semua sektor pekerjaan. Peningkatan atau penurunan prestasi produktiviti sesebuah industri adalah bergantung kepada pekerjanya. Jabatan Tenaga Rakyat yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia ditubuhkan pada tahun 1969, adalah bertanggungjawab bagi mengendalikan urusan pendaftaran pekerjaan, kekosongan jawatan dan penempatan. Namun begitu, kegawatan ekonomi yang berlaku sedikit sebanyak memberi kesan kepada ekonomi negara. Kerajaan sangat sedar dan perihatin terhadap isu kegawatan ekonomi ini. Aktiviti ekonomi tertentu seperti pembinaan, atau pengeluaran produk atau perkhidmatan untuk kegunaan dalam negeri menjadi kurang cergas yang mengakibat penyusunan semula syarikat atau pengecilan pengeluaran. JTR dipertanggungjawabkan untuk membantu memaksimumkan penempatan semula pekerja yang diberhentikan. Malahan pelbagai program dan usaha dijalankan oleh JTR untuk melatih dan membantu setiap tenaga kerja menjadi pekerja yang mahir atau separuh mahir dalam pelbagai bidang. Peranan yang dimainkan serta perkhidmatan yang diberi kepada masyarakat walaupun kecil seperti anggapan sesetengah pihak, namun begitu, ia tetap menjadi salah satu faktor penyumbang yang utama dalam pembangunan masyarakat dan negara. JTR perlu menggorak langkah kehadapan dengan lebih agresif dan efektif dalam mengemas kini perkhidmatannya agar masyarakat lebih peka tentang peranan yang dimainkan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Kadir, Nazriah
UNSPECIFIED
Razali, Rozana
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak
Programme: Diploma Pentadbiran Awam
Keywords: Jabatan Tenaga Rakyat, gunatenaga, perekonomian
Date: 2000
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62891
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 62891.pdf] Text
62891.pdf

Download (148kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

62891

Indexing

Statistic

Statistic details