Abstract
Stesen keretapi telah bertapak di negara kita sejak berkurun lamanya.Namun masyarakat pada masa kini masih lagi kurang menggunakan perkhidmatan ini kerana terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenal pasti iaitu dari aspek perkhidmatan dan system yang sedia ada. KTM Berhad berperanan sebagai pengangkutan darat yang penting dalam pengangkutan barang dalam kuantiti dan jumlah yang besar selain berperanan sebagai penghubung antara bandar di seluruh Malaysia dan pengangkutan penumpang dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Peranan KTM berhad sebagai pintu masuk utama pelancong luar iaitu dari Bangkok,Hat Yai dan Singapura serta pelancong tempatan turut menjadikan stesen ini sebagai salah satu tempat tumpuan yang seharusnya dimajukan oleh kerajaan kita. Kemasukan sistem baru dijangka dapat mempermudahkan pengurusan dan menampakkan stesen tersebut lebih moden dan setaraf dengan peranannya sebagai pintu masuk utama pelancong dari luar negara. Oleh itu adalah wajar sebuah stesen keretapi yang menggunakan sistem pengurusan dan rekabentuk dalaman yang baru diwujudkan bagi menyelesaikan setiap permasalahan yang wujud di sekitar stesen keretapi tersebut. Dengan wujudnya pelbagai kemudahan serta pengabungan reka bentuk baru dan lama diharap dapat menaikkan kadar penggunaan keretapi pada masa akan datang. Selain dari itu,mehjadi tanggungjawab kita mempertahankan salah satu sistem pengangkutan yang tertua di negara kita.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sadeli, Nor Dayana 2003260595 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Masri, Mawar UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Details in building design and construction.Including walls, roofs |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Rekabentuk Dalaman |
Keywords: | Stesen keretapi KTM, penghubung antara bandar, menaikkan kadar penggunaan |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62272 |
Download
62272.pdf
Download (165kB)