Cadangan ubahsuai rekabentuk dalaman 1 'D' Batik Motel', (Bayu Bernas Sdn. Bhd) Pusat Penerangan Pelancongan, Teluk Batik, 32300 Lumut, Perak untuk Majlis Perbandaran Manjung / Fuziah Sabry

Sabry, Fuziah (2007) Cadangan ubahsuai rekabentuk dalaman 1 'D' Batik Motel', (Bayu Bernas Sdn. Bhd) Pusat Penerangan Pelancongan, Teluk Batik, 32300 Lumut, Perak untuk Majlis Perbandaran Manjung / Fuziah Sabry. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. 'Hotel' didefinisikan sebagai tempat penginapan sementara bagi pelancong atau pengembara dan mempunyai kemudahan yang lengkap, manakala 'Resort' puta didefinisikan sebagai perihal selalu mengunjungi ke sesuatu tempat peranginan. Dan motel pula bermaksud tempat rehat sementara, manakala kemudahan serta keluasannya lebih kecil berbanding hotel atau resort.Hotel dan kemudahan - kemudahan ini bertujuan untuk memajukan sektor pelancongan. Kebanyakan Rekabentuk, imej dan konsep yang ditonjolkan dalam senibina adalah senibina tempatan dan moden. Ini akan memcerminkan budaya masyarakat kita sendiri. Antara metodologi kajian yang dijalankan adalah melalui temuramah, pemerhatian, bahan - bahan bacaan seperti buku dan majalah, dan soal selidik. Hasil utama kajian ini adalah meliputi isu - isu dan permasalahan dalam sektor perhotelan dan pelancongan. la juga mengandungi kehendak dan keperluan setiap pelancong. Dengan adanya tempat - tempat penginapan seperti hotel, resort, dan motel ini dapat menarik lebih ramai lagi pelancong untuk datang dan menikmati keindahan disitu. Ini juga dapat memberi peluang kepada pengunjung yang datang bercuti bersama keluarga dan rakan - rakan untuk menenangkan fikiran setelah penat berkerja. Di samping itu juga dapat mengeratkan silaturahim diantara satu sama lain.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 62240.pdf]
Text
62240.pdf
Download (162kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics