Cadangan rekabentuk dalaman butik Noor Arfa Batek di P/E Lot 23, Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur / Aziera Md. Azian

Md. Azian, Aziera (2009) Cadangan rekabentuk dalaman butik Noor Arfa Batek di P/E Lot 23, Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur / Aziera Md. Azian. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat diploma adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek proses rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Cadangan merekabentuk wajah baru butik Noor Arfa Batek di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur ini adalah disebabkan oleh fenomena fesyen yang melibatkan batik terutama 'Urban Batik' di Malaysia kini bagaikan goreng pisang panas yang telah mendapat tempat dihati-hati masyarakat terutama di kalangan pencinta fesyen tanah air. Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk mengenengahkan lagi keunikan dan keaslian hasil batik ini dengan lebih luas lagi kepada orang ramai. Dengan ini, fenomena fesyen batik ini bukan sahaja dapat diperluaskan, malah ianya juga mampu membawa identiti dan budaya hasil seni melayu ke tahap antarabangsa dalam masa yang sama mengekalkan ciri-ciri ketimuran yang harmoni. Memandangkan fenomena ini masih lagi baru mendapat perhatian orang ramai, dan tidak berapa dikenali secara global, maka adalah menjadi tanggungjawab 'Noor Arfa Batek' untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenainya. Oleh itu imej dan reka bentuk yang baru untuk klien harus dihasilkan bagi menarik perhatian pelanggan. Selain dari itu, melalui penataan dan susun atur ruang dalam reka bentuk kedai ini dapat membawa pelanggan merasai suasana ruang yang unik dan menarik yang tidak terdapat di mana-mana kedai biasa. 'Noor Arfa Batek' bukan sahaja berperanan sebagai kedai menjual barangan berkonsep batik, malah ia juga turut menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang mesra pelanggan dan menjadi perintis untuk reka bentuk kedai berkonsep batik yang sistematik, berinformatif dan interaktif. Kesimpulannya, rekabentuk baru yang bakal dijalankan ini haruslah menepati ciri-ciri dan kehendak pelanggan serta bersesuaian dengan konsep yang ingin ditonjolkan. Oiharapkan, rekabentuk baru ini akan dapat memberi manfaat kepada semua individu, samada pelancong asing mahupun rakyat di negara ini.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md. Azian, Aziera
2005487530
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd. Kadir, Ruzana
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Rekabentuk Dalaman
Keywords: Noor Arfa Batek, fenomena fesyen, ciri-ciri ketimuran
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62236
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 62236.pdf] Text
62236.pdf

Download (970kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

62236

Indexing

Statistic

Statistic details