Abstract
Para pemerhati dalam sejarah tasawut Islam mendapati bahawa amalan ahli sufi telah lama wujud sebelum adanya istilah tasawuf. Sejarah yang sebenar kembali kepada zaman kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda yang hidup di zamannya. Terangkum dalam diri mereka sifat kebersihan hati, sinaran cahaya iman dan kebaikan yang menyelimuti aktiviti harian mereka, semuanya lahir dari pendidikan dan dasar serta nilai jiwa yang luhur. Kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat adalah permulaan tasawuf Islam. Rasulullah SAW hidup di bawah langit kota Mekah yang mulia, diselaputi debu padang pasir dan bahang cahaya mentari. Baginda hidup bersama dengan warga Mekah yang mempunyai perbezaan akhlak dan anutan masing-masing. Bila kita mengamati individu yang dihampiri oleh baginda untuk beriman dengan seruan Rasulullah SAW di awal penyebaran dakwah Islam, mereka ialah individu-individu yang telah mempunyai nilai keperibadian yang tinggi. Bilamana Rasulullah SAW menjelaskan berkaitan dakwahnya, mereka dengan senang menerimanya disebabkan kehidupan seharian mereka telah mengamalkan kebaikan yang memang selari dan sesuai dengan kemurnian Islam. Dengan memiliki roh kebaikan yang tinggi, mereka beriman dan membenarkan seruan Rasulullah SAW, mereka menjadikan Rasulullah SAW contoh teladan dalam setiap tindak tanduk dengan meneliti setiap pergerakan dan perkataan dengan mengikutinya dalam ibadahnya serta perilaku yang mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Satari, Hisam UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Kalam Sufi, Sejarah, Tasawuf, Islam |
Date: | April 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62209 |