lmpak Pemerkasaan Dasar lndustri Kreatif Negara kepada ekonomi negara / Nuruul Hidayah Mansor and Mohamad Shafie Ayub

Mansor, Nuruul Hidayah and Ayub, Mohamad Shafie (2020) lmpak Pemerkasaan Dasar lndustri Kreatif Negara kepada ekonomi negara / Nuruul Hidayah Mansor and Mohamad Shafie Ayub. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
Abstract

Industri kreatif mempunyai potensi besar dalam menjana pendapatan negara dan sewajarnya ia diberikan tumpuan oleh pelbagai pihak. Industri kreatif ialah industri-industri yang melibatkan kreativiti individu, keterampilan, dan bakat yang mempunyai potensi menjana kekayaan serta penciptaan peluang pekerjaan melalui penggalakan dan eksploitasi harta intelek. Industri kreatif juga dirujuk sebagai seni untuk ekonomi yang melibat- kan individu-individu berbakat, pihak korporat dan seterusnya memberi implikasi kepada negara dari segi pendapatan dan imej negara. Menurut kajian Zaharul Lailiddin (2013), limitasi data dan maklumat berkaitan industri kreatit memperlihatkan bahawa penambahbaikan Dasar Industri Negara perlu dilakukan bagi memartabatkan industri kreatif negara hingga ke peringkat global amnya. Begitu juga dengan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato' Saifuddin Abdullah (2020) bahawa Dasar Industri Kreatif Negara perlu ditambahbaik disamping pelaksanaan audit perlu dilakukan terhadap sebarang bentuk perbelanjaan memandangkan dana industri kreatit adalah terhad. Perancangan penambahbaikan dasar ini perlu dilihat sebagai satu strategi dan usaha yang positif kerana ia bukan sahaja akan mengangkat martabat seni kreatif negara tetapi turut memberikan impak besar kepada ekonomi negara.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 61740.pdf]
Text
61740.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics