Abstract
Raja Mesir pernah bermimpi dengan mimpi yang aneh sehingga mimpi itu menggusarkan Baginda. Lalu seorang pegawai istana telah memanggil Nabi Yusuf A.S yang ketika itu berada di dalam penjara untuk menatsirkan mimpi Baginda. Penjelasan mimpi itu dirakamkan di dalam Al-Quran, Surah Yusuf ayat 46 hingga 49 yang bermaksud: (Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): ”Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tatsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kerlng; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang- orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tatsirannya" (46). Yusuf menjawab: Hendaklah kamu menanam ber- sungguh-sungguh tujuh tahun ber- turut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai- tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan (47). Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadi- kan benih) (48).
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Noh, Nur Syahirah UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Tafsiran Mimpi, Nabi Yusuf AS, Ekonomi |
Date: | August 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61717 |