Abstract
Manusia merupakan khalifah Allah di muka bumi. lanya dipertanggungjawabkan untuk menegakkan kebaikan dan mencegah perkara yang mungkar. Dari perspektif Islam institusi hisbah adalah merupakan satu instrumen khusus berperanan menegakkan kebenaran dan menolak perkara yang batil dan bertentangan dengan syariat Islam. Setiap individu bertanggungjawab untuk mengelak dan menahan diri daripada melakukan perkara yang melanggar syariat sebagai kawalan bagi peringkat pertama terhadap dirinya sendiri. Manakala masyarakat pula berperanan untuk saling tegur menegur sekiranya berlaku sebarang kemungkaran. Malah, kesalahan terhadap agama yang menjadi skop penguatkuasaan adalah merujuk kepada perbuatan atau perlakuan yang berlaku dalam domain awam yang juga berkaitan dengan konsep makruf dan mungkar.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Bohar, Adibah (Dr.) UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Amar Maaruf Nahi Mungkar, Islam, ACIS |
Date: | August 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61716 |