Konsep kafa'ah dalam perkahwinan / Siti Nur Husna Abd Rahman

Abd Rahman, Siti Nur Husna (2020) Konsep kafa'ah dalam perkahwinan / Siti Nur Husna Abd Rahman. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Perkahwinan merupakan salah satu sunnatullah yang umum berlaku pada setiap makhluk Allah sama ada manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan. Firman Allah SWT dalam Surah al-Zariat (51) ayat 49 yang bermaksud: “Dan segala sesuatu Kami jadikan berpasang-pasangan, agar kamu sekalian bertikir”. Tafsiran daripada ayat ini menunjuk- kan bahawa, Allah SWT menciptakan segala sesuatu secara berpasang- pasangan seperti matahari dan bulan. bahagia dan sengsara, lelaki dan perempuan. Perkahwinan juga penyatuan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan di atas satu ikatan yang suci. Pemilihan pasangan adalah sangat penting kerana ia merupakan permulaan kehidupan berkeluarga. Kebahagiaan rumahtangga, anak-anak yang cerdik serta kelangsungan kehidupan sebagai seorang suami dan isteri adalah bergantung kepada pemilihan pasangan masing-masing. Sebuah akad perkahwinan mempunyai kesan yang sangat besar. Hal ini, dengan akad tersebut, bermulalah tanggungjawab bagi setiap pasangan terhadap pasangan masing-masing. Pemilihan pasangan yang sesuai dan serasi amatlah penting dan perlu dititikberatkan.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 61583.pdf] Text
61583.pdf

Download (3MB)

ID Number

61583

Indexing

Statistic

Statistic details