Abstract
Persoalan pembangunan dan kecemerlangan yang dicapai dalam Pembangunan adalah suatu slogan yang sentiasa segar untuk diperbincangkan pada bila-bila masa pun. Malah itulah sebenarnya yang bermain dalam kepala manusia, lebih-Iebih lagi manusia-manusia yang bergelar sebagai pemimpin, samada di peringkat kebangsaan maupun antarabangsa. Keghairahan seperti ini bukanlah suatu perkara baru dalam sejarah ketamadunan manusia, ianya bermula semenjak manusia pertama (Adam a.s.) diutus ke dunia untuk memegang peranan khalifah di bumi. Slogan pembangunan ini terus berada di puncak mahkota kata kata setiap yang merasakan dirinya bertanggungjawab terhadap masa depan negara dan dunia seluruhnya. Rentetan daripada itu tercetuslah berbagai bentuk ideologi yang berupa teori-teori terkini yang cuba dilontarkan ke tengah-tengah gelanggang masyarakat dunia, untuk menarik minat siapa sahaja yang ingin mencuba segala bentuk teori yang dikemukakan. Biar apapun jenis bentuk teori pembangunan yang dikemukakan bukan itu yang menjadi persoalan buat kita. Tetapi yang menjadi persoalan ialah kealpaan manusia terhadap tugas hakikinya di dunia ini iaitu beribadah kepada Allah dan menjalankan urusan khilafah berlandaskan pengabdian kepadaNya semata. Tugas manusia sebagai khalifah memang membangunkan muka bumi, tetapi pembangunan yang macam mana mesti mereka laksanakan? Apakah manusia diberi kebebasan penuh untuk membuat apa sahaja di muka bumi ini mengikut kehendok hawa nafsunya tanpa dibatasi oleh sebarang syariat dari Yang Maha Berkuasa. Kalau jawapannya tidak, mengapa manusia boleh lupa bahawa pembangunan yang dibina atas bumi Allah ini perlu dilihat kepada pelan dan peraturan yang disediakan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Nik Ahmad, Nik Mohd Rosdi UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | GADING Majalah Akademik ITM Cawangan Pahang |
UiTM Journal Collections: | Others > GADING |
ISSN: | 0128-5599 |
Volume: | 3 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 69-84 |
Keywords: | Pembangunan, kecemerlangan, Pendidikan Islam |
Date: | 1992 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61315 |