Abstract
Persepsi sesetengah masyarakat yang bertanggapan bahawa profesion keguruan tamat sebaik-baik loceng tamat belajar dibunyikan pada pukul 1.30 tengah hari atau pada pukul 6.30 petang. Persoalannya, adakah itu hakikat yang sebenar? Biar apa-apa sahaja persepsi yang dilemparkan oleh kebanyakan orang terhadap profesion keguruan, sebagai seorang guru, tugas dan tanggungjawab mereka tetap terletak pada kemahiran mendidik anak-anak. Biar setinggi mana pun ijazah yang dimiliki, tetapi jika seseorang guru tidak memiliki kemahiran yang sewajarnya, maka perkataan seperti ‘pengajaran guru membosankan’ akan keluar daripada mulut pelajar yang memberikan gambaran bahawa pengajaran guru tersebut tidak berkualiti bukan hanya dari aspek pengisian pengajaran atau perancangan, tetapi dari aspek strategi dan sistem penyampaian. Memang mudah untuk mengajar, iaitu guru hanya memerlukan sukatan pelajaran, rancangan pelajaran, serta bahan pengajaran. Walau bagaimanapun, agak sukar untuk menyampaikan pengajaran yang benar-benar dapat difahami dan tidak menjemukan. Oleh itu, guru harus kreatif dan inovatif dalam penyampaiannya. Sama seperti seorang pelakon, guru harus bijak memainkan peranannya dalam pelbagai situasi untuk menarik minat pelajar dalam memberikan tumpuan terhadap pembelajaran. Guru yang kreatif dapat mengintegrasikan pelbagai bahan, kaedah, dan teknik dalam penyampaiannya. Penghasilan, penciptaan, dan pengubahsuaian bahan serta corak pembelajaran menjadikan seseorang guru itu lebih inovatif sehingga mampu melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Shuib, Sa’adiah (Dr.) sedyiab11@gmail.com |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Abu Shah, Nor'aishah (Dr.) UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Perception B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation L Education > LB Theory and practice of education > School administration and organization > Teachers. Teaching personnel |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Number: | 5 |
Page Range: | pp. 68-70 |
Keywords: | Perspektif, Profesion Keguruan, EON |
Date: | 1 May 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60872 |