Pengendalian snek sihat buah potong: Pemeliharaan nutrisi melalui teknik pemprosesan berkesan / Iza Faradiba Mohammad Patel, Farihana Abdul Razak dan Afidah Osoman

Mohammad Patel, Iza Faradiba and Abdul Razak, Farihana and Osoman, Afidah (2022) Pengendalian snek sihat buah potong: Pemeliharaan nutrisi melalui teknik pemprosesan berkesan / Iza Faradiba Mohammad Patel, Farihana Abdul Razak dan Afidah Osoman. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869
Abstract

Buah-buahan merupakan komoditi yang mudah rosak jika tidak menggunakan kaedah pengurusan pengawetan yang sempurna. Kualiti buah-buahan dinilai daripada aspek luaran seperti warna, bentuk fizikal dan kesegaran sekaligus mencerminkan ianya selamat untuk dimakan dan berpotensi untuk di jual (Barret, Beaulieu & Shewfelt, 2010; Clydesdale, 1991). Perkembangan gaya hidup masa kini yang serba pantas mencetuskan idea-idea inovasi untuk memasarkan buah-buahan segar di dalam bentuk sedia dimakan atau lebih dikenali sebagai buah- buahan potong. Ianya lebih menarik, mudah dan dapat menjimatkan masa pembeli yang berhadapan dengan masalah kesuntukan waktu. Perusahaan ini berpotensi untuk diketengahkan kerana umumnya buah-buahan segar adalah sebahagian daripada diet seimbang dan penyumbang kepada sumber karbohidrat, serat, vitamin, mineral serta polifenol (Nunes, 2015). Walaubagaimanapun, seperti yang dinyatakan tadi, jangka hayat buah-buahan tidak terlalu lama dan kaedah pengendaliannya juga memerlukan teknik yang efektif supaya peniaga tidak mengalami kerugian dan kualiti buah-buahan kekal segar dan selamat untuk dimakan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 60782.pdf]
Text
60782.pdf
Download (853kB)
Indexing & Metrics