Abstract
Kajian yang akan dijalankan adalah mengenai rekabentuk oditorium. Oditorium adalah sebuah ruangan atau tempat di mana pertunjukan biasanya diadakan. Oleh itu ia merupakan satu ruangan yang harus dititikberatkan rekabentuknya agar dapat memberi keselesaan dan kepuasan kepada pengguna oditorium. Rajian akan dijalankan ke atas Oditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Oditorium merupakan satu ruangan yang berlainan dari ruangan-ruangan yang lain. 01eh itu ia memerlukan satu rekabentuk yang khas. Sebelum merekabentuk oditorium beberapa aspek perlu untuk diambil kira seperti susunatur atau tatatur dewan, pentas, belakang pentas, kapasiti yang akan ditanggung, bahan binaan yang akan digunakan dan sebagainya perlu untuk diambilkira. Disamping itu sistem bunyi yang baik serta sistem lampu juga mempengaruhi perhatian penonton agar memberi konsentrasi yang lebih ketika menonton sesuatu pertunjukan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Zaine, Wan Ahmadi UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NA Architecture > Public buildings > Auditoriums |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Senibina |
Keywords: | Rekabentuk, Oditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, susunatur atau tatatur dewan |
Date: | 1992 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60475 |
Download
60475.pdf
Download (56kB)