Abstract
Nota ialah perkara yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Nota menjadi bahan rujukan, apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Mencatat nota juga merupakan suatu seni. Hasil kajian yang dilakukan oleh Swenson (2018) menunjukkan strategi dalam mencatat nota ini telah meningkatkan prestasi pelajar dalam pentaksiran. Mengambil nota adalah cara yang baik untuk membantu pelajar mengenal pasti kepentingan konsep yang dipelajari di dalam kelas. Walaupun dengan mempunyai ingatan yang hebat, itu tidak akan dapat membantu mengingati semua yang dikatakan oleh pensyarah. Mencatat nota perlu kerana pelajar tidak perlu mengingat semua yang dipelajari. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesanannya dalam proses pembelajaran. Dalam kajian ini, penekanan diberikan dalam teknik mengambil nota menggunakan kaedah Cornell terutamnya dalam mata pelajatan matematik. Pelajar boleh menggunakannya untuk menyusun dan menstruktur nota matematik, formula dan persamaan matematik. Pelajar boleh mengambil nota Cornell semasa pensyarah sedang memberi syarahan atau semasa mereka menyelesaikan masalah atau soalan secara bebas dalam buku mereka.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hamat, Muniroh muniroh@uitm.edu.my |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Umar, Norazah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA L Education > LG Individual institutions > Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Volume: | 3 |
Keywords: | Cornell, Nota, Sistematik, Matematik, Konsep |
Date: | 15 April 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60228 |