Abstract
Di dalam laporan ini, penyelidikan dibahagikan kepada 7 bab. Di dalam bab pertama disentuh serba sedikit mengenai pentingnya ilmu pengetahuan, buku sebagai salah satu sumber ilmu pengetahuan dan peranan PENERBITAN HIZBI Sdn. Bhd. sebagai penyalur ilmu pengetahuan. Di dalam bab pertama juga mengandungi latarbelakang PENERBITAN HIZBI Sdn. Bhd.,objektif kajian, skop kajian, hipotesis dan andaian am. Bab kedua mengemukakan ulasan karya-karya atau kajian bahan, iaitu pendapat atau cadangan yang telah dikemukakan oleh penulis-penulis terdahulu mengenai penjualan dan penerbitan buku. Methodologi diberikan gambaran sepenuhnya di dalam bab ketiga. la merangkumi pendahuluan kaedah penyelidikan, cara mendapatkan data, kawasan kajian, ujian permulaan, pemilihan responden dan masalah-masalah yang dihadapi sewaktu menjalankan penyelidikan. Kawasan penyelidikan terbahagi kepada 9 kawasan iaitu Seksyen 2, Seksyen 3, Seksyen 4, Seksyen 6, Seksyen 8, Seksyen 10, Seksyen 11, Seksyen 16 yang mewakili responden orang awam. Kawasan penyelidikan juga termasuk kampus ITM di mana responden diwakili oleh pelajar-pelajar ITM. Bab keempat menerangkan analisa dan penemuan, hasil dari penyelidikan yang telah dijalankan, termasuklah penemuan-penemuan soal selidik dan temubual secara peribadi. Analisa dan penemuan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu orang awam dan pelajar ITM, PENERBITAN HIZBI Sdn. Bhd. yang merangkumi perihal pengurusan kewangan, penerbitan, strategi pemasaran dan masalah. Akhir sekali analisa dan penemuan bagi pesaing-pesaing
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Awg. Jaya, Awg. Iman UNSPECIFIED Abd. Rashid, Farihah UNSPECIFIED Abd. Ghani, Norlida UNSPECIFIED Raja Ayob, Raja Norziah UNSPECIFIED Sulai, Salamah UNSPECIFIED |
Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z Book (General). Writing. Paleography. Book industries and trade. Libraries. Bibliography > Book industries and trade > Bookselling and publishing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Business and Management |
Programme: | Diploma in Business Studies |
Keywords: | PENERBITAN HIZBI Sdn. Bhd, penyalur ilmu pengetahuan, kaedah penyelidikan |
Date: | 1986 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60018 |
Download
60018.pdf
Download (15kB)