Pemeriksaan penemuan kerosakan bangunan Kolej Internasional INSPENS, Kuala Selangor / Nur Syuhadah Mohd Ali

Mohd Ali, Nur Syuhadah (2014) Pemeriksaan penemuan kerosakan bangunan Kolej Internasional INSPENS, Kuala Selangor / Nur Syuhadah Mohd Ali. [Student Project]

Abstract

Pemeriksaan kecacatan bangunan adalah salah satu skop Kerja-kerja Unit Senggara di JKR dan bagi Ukur Bangunan khususnya. Pemeriksaan kecacatan bangunan berlaku apabila terdapat laporan atau aduan yang dimaklumkan daripada pemilik bangunan dan untuk bangunan kerajaan yang mempunyai tempoh hayat yang telah ditetapkan. Laporan yang dihasilkan ini meliputi kajian kes yang telah dibuat oleh pihak Unit Senggara setelah mendapat aduan daripada pemilik bangunan. Kajian kes yang dilakukan di Inpens International College, Jalan Semarak, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Singkatan INPENS untuk Industri Pendidikan Selangor. INPENS International College adalah pengajian tinggi swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kolej ini ditubuhkan pada 19 September dan pada masa ini terletak di Kuala Selangor. Kampus semasa telah dilengkapi dengan tujuan peningkatan prestasi infrastruktur terkini dan kemudahan pengajaran. Pada masa ini, INPENS dapat merancang pelbagai program latihan dengan sasaran untuk menghasilkan pekerja mahir yang produktif bagi negeri dan negara. Terdapat beberapa kecacatan yang telah dikesan semasa pemeriksaan kecacatan dibuat terutamanya pada bahagian rekabentuk dan dari segi keselamatan. Jenis kecacatan yang dijumpai tidak mengikut kehendak Unit Senggara. Selain itu, isu kebolehsenggaraan dan isu kefungsian juga diambil kira menentukan kebolehsediaan bangunan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Ali, Nur Syuhadah
2011860686
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Mohammad Ali, Irwan
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction
T Technology > TH Building construction > Building inspection
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Programme: Diploma in Building Surveying
Keywords: Kerosakan bangunan, Kolej Internasional INSPENS
Date: 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59986
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 59986.pdf] Text
59986.pdf

Download (259kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

59986

Indexing

Statistic

Statistic details