Abstract
Kajian ini bertujuan meninjau pandangan-pandangan ulama berhubung kepelbagaian dimensi ijaiz dan menjawab persoalan adakah i'jaz pada aspek bahasa sahaja atau berlaku dalam pelbagai dimensi. Kajian juga bertujuan menghuraikan perkembangan dimensi i'jaz al-Qur'a:n. Berdasarkan analisis yang dijalankan oleh penulis, terdapat dua pandangan berhubung dimensi dimensi i'jaz. Majoriti sarjana berpendapat i'jaz al-Qur'a:n berlaku dalam pelbagai dimensi iaitu balaghah, perkara-perkara ghaib, pensyariatan, ilmiah dan psikologi. Sebahagian kecil sarjana melihat i'jaz al-Qur'a:n hanyalah dari aspek bahasa dengan alasan orang-orang Arab yang diturunkan al-Qur'a:n tidak diminta untuk mendatangkan fakta-fakta sains dan ilmiah. Berasaskan kepada hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua golongan penulis mendapati al-Qura:n mempunyai pelbagai dimensi i'jaz sesuai dengan fungsi al-Qur'a:n sebagai kitab yang sesuai bagi sepanjang masa dan diturunkan kepada seluruh manusia. Kajian juga mendapati perbincangan berkaitan dimensi i'jaz tertumpu pada peringkat awal pada aspek balaghah manakala dimensi-dimensi lain berkembang sedikit demi sedikit sehingga dimensi-dimensi tersebut menjadi satu cabang dalam kajian i'jaz al-Qur'an.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Umar, Norazamudin UNSPECIFIED Abdul Latiff, Mohd Zaki UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran > Study and teaching. Qurʼan studies. ʻUlūm al-Qurʼan |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Page Range: | pp. 395-408 |
Keywords: | i'ja:z, al-Qur 'a:n, Dimensi i'ja:z |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59531 |