Keberkesanan pelaksanaan skim bantuan am bulanan: tumpuan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Saratok / Jemat Kanchin … [et.al.].

Kanchin, Jemat and Numan, Kenneth and Asan, Yalin (2000) Keberkesanan pelaksanaan skim bantuan am bulanan: tumpuan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Saratok / Jemat Kanchin … [et.al.]. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini banyak menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan beberapa kepincangan yang sedang dan akan dihadapi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Saratok (JKMDS) dalam melaksanakan Skim Bantuan Am Bulanan (SBAB) secara profesional Kedapatan sekarang bahawa SBAB tidak memenuhi citarasa dan inspirasi sebilangan besar penerima-penerima Bantuan Am Bulanan (BAB) kerana kadar BAB yang berbeza-beza mengikut saiz sesebuah keluarga. Kadar BAB minimum yang telah ditetapkan ialah RM40.00 sebulan dan maksimum RM175.00 sebulan. Memikul tanggungjawab terhadap kebajikan masyarakat bukan merupakan suatu perkara yang boleh diambil mudah tetapi ia memerlukan pengalaman, kemahiran dan kepakaran dalam melaksanakannya di samping mendapat kerjasama dari semua pihak terutamanya jabatan-jabatan kerajaan yang lain yang difikirkan boleh memberi sumbangan kepada para penerima BAB yang merupakan masyarakat yang kurang bernasib baik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 59519.pdf]
Text
59519.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan, Sarawak
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics