Think like a Professional Designer: 5 strategi design / Zulkarnian Hassan dan Siti Maryam Ali Yasin

Hassan, Zulkarnian and Ali Yasin, Siti Maryam (2021) Think like a Professional Designer: 5 strategi design / Zulkarnian Hassan dan Siti Maryam Ali Yasin. In: The Reminiscence of Terra Firma 2021. UiTM Perak Press, Universiti Teknologi MARA Perak. ISBN 978-967-25697-9-4

Abstract

Perkembangan industri seramik di Malaysia menunjukkan statistik yang memberangsangkan dari segi kelestarian rekabentuk, variasi produk, multi-fungsi, nilai estetika dan penerokaan terhadap bahan-bahan baharu. Pereka produk seramik kini dianggap sebagai ‘watak’ yang bertanggungjawab dalam mereka bentuk produk mengikut keperluan semasa serta perlu bereksperimentasi dengan bahan tanah liat seperti porselin, stoneware, terracotta, dan bone
China untuk kelangsungan perniagaan mereka. Secara umumnya, pereka memainkan peranan penting sebagai ‘penyelesai masalah’, memberi nilai produk, membawa visi dalam kehidupan, berkhidmat kepada pengguna melalui fizikal produk dan menjalankan kajian terhadap rekabentuk semasa. Tahap pemikiran pereka menjadi asas kepada penciptaan reka bentuk yang unik, beremosi dan berpusatkan kepada faktor manusia. Realitinya, setiap pereka mempunyai tahap kreativiti yang berbeza yang boleh menyumbang kepada penciptaan sesuatu rekabentuk. Walaubagaimanapun, perbezaan tahap pemikiran pereka boleh memberi kesan terhadap kualiti dan nilai reka bentuk produk. Justeru, pendekatan yang diambil oleh pereka junior khususnya harus bersesuaian dan tepat agar memberikan hasil yang memuaskan bagi sesuatu projek reka bentuk. Dalam artikel ini, strategi pemikiran reka bentuk produk menerusi buku ‘Panduan Asas Pemikiran: Reka bentuk Produk’ oleh Abidin dihuraikan dan disesuaikan dalam bidang Seramik untuk memberi inspirasi dan kefahaman dalam proses mereka bentuk yang boleh memanfaatkan pereka muda seramik.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hassan, Zulkarnian
UNSPECIFIED
Ali Yasin, Siti Maryam
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Md Nor, Zainudin
UNSPECIFIED
Designer
Kamarullah, Seri Darayani
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General)
N Fine Arts > NK Decorative arts
N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Ceramics
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z Book (General). Writing. Paleography. Book industries and trade. Libraries. Bibliography > Book industries and trade > Bookselling and publishing > Special lines of business, > Art publishing
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Keywords: Design
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59360
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 59360.pdf] Text
59360.pdf

Download (303kB)

ID Number

59360

Indexing

Statistic

Statistic details