Abstract
Program Mentor Mentee - "Kudup Akan Berkembang", Fakulti Pengurusan Perniagaan ini adalah lanjutan dari sistem penasihat akademik UiTM yang sedang digunapakai. Program yang dijalankan ini lebih memfokuskan kepada pelajar-pelajar yang mendapat CGPA<2.3. Kesemua mereka ini dibimbing sepenuhnya oleh 4 orang pensyarah (mentor) yang berorientasikan kepada peningkatan akademik pelajar. Sehubungan itu, pelbagai program seperti program motivasi dan pertemuan bersama mentor diadakan untuk mengetahui mengenai prestasi pelajar dari semasa ke semasa. Setelah lebih 2 semester dijalankan, program Mentor Mentee (Kudup Akan Berkembang) ini didapati banyak memberikan manfaat bukan setakat kepada kedua-dua pihak pelajar dan pensyarah malahan akan dapat meningkatkan tahap akademik pelajar FPP walaupun banyak halangan yang dihadapi. Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada
penilaian terhadap keberkesanan program ini. Analisis data akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu penilaian program motivasi oleh mentee, penilaian keseluruhan program Mentor Mentee - Kudup Akan Berkembang dan penilaian berdasarkan kepada keputusan peperiksaan mentee. Cadangan
penambahbaikan akan dikemukakan sebagai salah satu dari usaha untuk memberikan nilai tambahan agar Program Mentor Mentee - Kudup Akan Berkembang akan dapat memberikan manfaat kepada pelajar, mentor, fakulti mahupun UiTM secara amnya.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hashim, Hasnizawati hasnizawati@pahang.uitm.edu.my Ahmad Zayadah, Mazlina mazlinaa@pahang.uitm.edu.my Suhaimi, Mazlina mazlinas@pahang.uitm.edu.my Mustapha, Musramaini musra_08@pahang.uitm.edu.my Laton, Mohd Zahid zahid_l@pahang.uitm.edu.my Ahmad Zaini, Azniza nizazaini@pahang.uitm.edu.my Majid, Azeman amze@pahang.uitm.edu.my Mat, Mustafa Kamal mustafakamal@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies > Motivation in education. Interest. Attention L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Page Range: | pp. 257-270 |
Keywords: | UiTM Pahang, program mentor mentee, penasihat akademik, motivasi |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59351 |