Abstract
Dunia sekarang ini masih bergelut mencari jalan penyelesaian dari pandemik yang terus menular bermula pada penghujung tahun 2019 yang sinonim sebagai Covid-19 atau erti kata lain sebagai Koronavirus. Covid-19 adalah pembunuh yang ketara dewasa ini dan kita perlu berwaspada senantiasa melalui kerjasama masyarakat yang perlu bergerak seiring demi untuk mencegahnya. Pandemik yang sudah berstatus fasa gelombang yang parah di Malaysia ini harus terus gigih dikekang bermati-matian agar penularannya dapat dipatahkan secara total melalui keperihatinan rakyat Malaysia. Cara penularan koronavirus (COVID-19) sudah terungkai dan sudah dikenalpasti. Dengan itu cara pencegahannya sudah digariskan oleh pihak berwajib demi untuk mengembalikan kesejahteraan negara. Rakyat Malaysia haruslah lebih peka dan sensitif dengan kaedah terbaik untuk mencegah Covid-19 ini dengan mengikut segala peraturan yang diarahkan oleh pihak kerajaan agar sentiasa selamat dari wabak virus ini dari terus meragut nyawa.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Norsham, Darien Nazreen dariennazreen69@gmail.com Azizan, Mohd Zamri UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NB Sculpture N Fine Arts > NB Sculpture > Special forms |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
Keywords: | Covid-19, pernyataan seni, arca |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59296 |