Abstract
Hasilan daripada bahan tanah liat seperti produk-produk seramik telah memainkan peranan yang penting dalam budaya sesebuah masyarakat. Alatan yang digunakan ketika makan dan minum, bekas penyimpanan pepejal dan cecair, jubin dan hiasan kediaman, perkakasan dalam bidang perubatan dan teknologi angkasa lepas telah membentuk budaya masyarakat sepanjang zaman melalui teknologi, proses dan teknik penghasilan seramik (Fiell, 2013). Teknik penghasilan bentuk-bentuk seramik yang terawal pula terdiri daripada teknik-teknik asas pembentukan tangan yang masih lagi digunakan di kalangan pengamal seni seramik bagi menghasilkan produk mahupun karya. Teknik ini turut diperkenalkan dalam pembelajaran kursus Diploma Seni Lukis dan Seni Reka Seramik yang memberi pendedahan tentang teknik pembentukan objek seramik 3 dimensi. Ia memberi penumpuan terhadap kemahiran membentuk
objek menggunakan tangan, jari serta alatan tanpa melibatkan penggunaan alatan elektrik seperti mesin lempar alin (Harnetty, 2021). Teknik asas pembentukan tangan yang sering diaplikasikan adalah 1) teknik picitan, 2) teknik lingkaran dan 3) teknik kepingan (Atkin, 2004). Melalui teknik asas ini para pelajar dapat menghasilkan variasi reka bentuk objek seramik kontemporari yang kreatif. Karya atau produk yang terhasil daripada teknik pembentukan
tangan ini juga memberi pilihan rekaan kepada peminat seni seramik serta kepuasan pereka serta artis seramik dalam berkarya.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ali Yasin, Siti Maryam UNSPECIFIED Hassan, Zulkarnian UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Md Nor, Zainudin UNSPECIFIED Designer Kamarullah, Seri Darayani UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Ceramics N Fine Arts > NX Arts in general |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Keywords: | Kontemporari Seramik, Teknik Pembentukan Tangan |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59247 |