Abstract
“Baik, satu lagi tugasan baru untukku. Sarah, buat yang terbaik!,” jeritku teruja untuk sekali lagi menemui seseorang yang hebatnya di sebalik tabir. Menjadi penulis di majalah tempatan, tugasku pastinya istimewa. Menemuramah insan- insan berhati mulia yang tidak pernah merasakan diri mereka sedemikian rupa. Mereka adalah contoh terbaik buat masyarakat yang kian hilang kepercayaan dan kian pudar jati diri. Selain hanya mengidolakan watak-watak mitos yang jelas sekali bermuka dua, aku yakin dengan artikel-artikel yang kutulis, inspirasi dan watak baru yang lebih tulus dan hebat mampu menjadikan masyarakat di negara ini lebih dihormati. Setidaknya, kita tahu selain daripada melihat katak-katak melompat dan ayam dan itik yang asyik berkejaran dan bergaduh di papan kekunci, masyarakat perlukan sesuatu yang lebih bernilai. Aku membuka fail tugasan. Asma’ Abdullah. Nama yang biasa, tapi aku pasti insan yang berjiwa luar biasa. Tidak seorang pun yang kutemui setakat ini tidak membuatku terpesona. Ia bagaikan satu rahsia yang menjadikan tugasku seakan seorang mata-mata. Masa semakin suntuk, aku harus mulakan langkahku. Aku terus menghidupkan kunci kereta dan menuju ke destinasi pertamaku, Hospital Ikhtiar Al-Falah. Sesampai di sana, satu suasana berbeza kurasakan. Tidaklah semewah mana tapi selesa. Aku disambut dengan salam dan senyuman. Selalu sahaja aku lihat senyuman, tapi perasaannya lain pabila merasai lahirnya dari keikhlasan dan bukan paksaan. Aku menuju ke kaunter pertanyaan. “Cik, assalamualaikum. Boleh saya tahu mana Dr. Asma Abdullah?” tanyaku tangkas.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Razali, Wan Noorli UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Aboo Bakar, Rofiza UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Journal or Publication Title: | eLingua |
ISSN: | 26007134 |
Keywords: | eLingua, Academy of Language Studies, UiTM |
Date: | January 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59027 |