Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk melihat perbandingan faedah di antara skim persaraan Pencen dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Objektif utamanya ialah untuk menjelaskan secara menyeluruh mengenai kedua-dua skim persaraan tersebut agar boleh dijadikan sebagai maklumat berguna kepada setiap individu dalam sektor awam. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum sejak terlaksananya Sistem Saraan Baru (SSB) pada 1 Januari 1992, seseorang anggota yang pertama kali dilantik dalam perkhidmatan tetap pada atau selepas 12 April 1991 akan dibenarkan untuk memilih samada skim Pencen dan KWSP sebelum disahkan dalam jawatan. Dengan adanya opsyen ini maka anggota yang terlibat akan menjadi dilema dalam membuat pemilihan, yang mana mereka tidak tahu dan tidak ada pengelaman dalam membuat penilaian keatas kedua-dua skim tersebut. Dua agensi yang terlibat dalam pengurusan faedah-faedah persaraan kakitangan sektor awam di Malaysia ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan KWSP. JPA Malaysia bertanggungjawab dalam pengurusan faedah-faedah persaraan untuk anggota yang memilih skim pencen, manakala KWSP pula bertanggungjawab dalam menguruskan faedah persaraan yang memilih skim KWSP. Kedua-dua agensi ini memainkan peranan yang penting bagi memastikan faedah-faedah yang diterima oleh anggota kerajaan nanti dapat menjalani kehidupan persaraan yang selesa.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Bujang, Suria UNSPECIFIED Jalet, Rajimah UNSPECIFIED Husaini, Maskinah UNSPECIFIED Haji Mokhtar, Rihana UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HF Commerce H Social Sciences > HF Commerce > Personnel management. Employment management |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | skim pencen,skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja , sektor awam |
Date: | April 2000 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58967 |
Download
58967.pdf
Download (1MB)