Abstract
Karya Ini di hasilkan pada November 2020. Dengan mengunakan subjek utama figura wanita dalam karya, pelukis menggunakan media campuran yang antaranya adalah poster color, artline marker, pensil warna serta pen dan di hasilkan di atas kertas lukisan. Dalam karya tersebut pelukis mengaplikasikan gaya semi realistik serta pop art, tetapi turut menonjolkan ciri -ciri doodle flora sebagai latar belakang nya. Gaya pada karya tersebut jelas dapat dilihat pelukis menggunakan warna- warna alam yang terang sinonim dengan ciri ciri hutan tropika yang kaya dengan pelbagai kehidupan dan warna. Figura wanita merupakan ciri utama dalam penghasilan karyanya, ini kerana figura wanita seakan identiti kepada karya pelukis. Manakala perinciaan bunga-bungaan adalah sebagai pelengkap kepada lukisan ini. Jika di lihat figura wanita yang dihasilkan kelihatan lebih realistik berbanding lukisan tumbuh- tumbuhan latarnya, yang mana bertujuan untuk menimbulkan penegasan kepada karya tersebut serta sudah tentulah dapat menimbulkan keindahan karya ini apabila di pandang secara tidak langsung. Unsur ruang, jalinan dan warna amat dititik beratkan dalam penghasilan karya ini, yang mana ianya bagi menunjukan keharmonian. Warna latar belakang yang gelap bertujuan menimbulkan ruang diantara depan dan belakang.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Daud @ Ismail, Yusof UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Technique |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
Keywords: | Media campuran, doodle flora, perinciaan bunga-bungaan |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58956 |