Jantan Betina Kena Ketuk / Zuriati Mohamed Shaari

Mohamed Shaari, Zuriati (2021) Jantan Betina Kena Ketuk / Zuriati Mohamed Shaari. In: Design Decoded 2021 : Art Exhibition. Faculty of Art and Design, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. ISBN 9789672948131 (Submitted)
Abstract

Karya ini adalah interpretasi dari cerita sastera binatang iaitu Sang Kancil Membilang Buaya. Sang Kancil adalah watak utama yang digambarkan licik dan pintar. Fizikalnya yang kecil dan hidup di dalam hutan yang mencabar serta bahaya kerana banyak haiwan pemangsa berkeliaran dan menunggu masa untuk mencari makan. Keadaan ini menyebabkan Sang Kancil terpaksa bertahan dan sentiasa mencari helah dan memperdaya haiwan yang lebih besar dan ganas demi meneruskan hidupnya. Komposisi Sang Kancil di atas pokok jambu menggambarkan kegembiraan setelah berjaya lepas dari dibaham buaya. Sang Kancil juga berjaya menipu sekumpulan buaya yang ganas dengan membariskan mereka untuk dijadikan titi dan memudahkan Sang kancil menyeberang sungai dan makan buah jambu yang didambarkan. Maka terisi lah perut Sang Kancil untuk beberapa hari. Kejayaan Sang Kancil memperbodohkan sekumpulan buaya sering di canang sebagai satu watak yang lemah fizikal tetapi bijak dengan mengguna akal fikiran untuk kepentingan sendiri.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 58931.pdf]
Text
58931.pdf
Download (32MB)
Indexing & Metrics